Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR: Laporan akhir persempadanan semula diserah pada PM hari ini
Diterbitkan:  Mar 9, 2018 6:39 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata urusan kajian semula tersebut selesai dijalankan hari ini, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113(10) Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan penyerahan laporan akhir ini, bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan persempadanan semula ini selesai sepertimana ditetapkan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hashim turut merakamkan penghargaan SPR kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan turut serta dalam menyalurkan input serta maklum balas ke atas syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya tersebut.

Dilaporkan, kajian semula persempadanan semula itu tergendala lebih setahun ekoran dicabar di mahkamah melibatkan 15 kes yang difailkan pelbagai pihak.

Permohonan bagi menghalang SPR daripada menjalankan urusan kajian semula itu bagaimanapun ditolak mahkamah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS