Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib perlu saman Maddow, MSNBC, kata pemimpin PKR
Diterbitkan:  Mar 11, 2018 9:15 PM
Dikemaskini: 1:18 PM

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman pengacara televisyen Amerika Syarikat Rachel Maddow dan MSNBC kerana mendakwa Najib terlibat dalam skandal 1MDB.

"Pada 9 Mac, The Rachel Maddow Show dengan cukup jelas dan nyata berkata bahawa DS Najib Razak terlibat dalam satu 'tindakan mencuri yang besar (giant act of thievery).

"Bagi saya, DS Najib perlu saman Rachel Maddow dan MSNBC untuk pertahan maruah beliau, isteri, keluarga dan pentadbiran beliau.

"Jangan tunggu Selasa depan. Saman MSNBC sekarang," Fahmi berkata demikian dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada malam Jumaat, dalam segmen sepanjang 21 minit itu, Maddow menyediakan butiran latar belakang skandal 1MDB, daripada 'derma Arab' sehinggalah kepada dakwaan rundingan AS$75 juta di antara penderma parti Republican, Elliot Broidy dan ahli perniagaan Jho Low.

Maddow membuat pelbagai rujukan berkaitan saman perlucutan hak atas aset 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan laporan berita, mendakwa Najib terlibat melesapkan wang daripada 1MDB.

Najib secara konsisten menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan peguam negara telah membebaskan beliau daripada sebarang salah laku.

Perdana menteri pertama kali dikaitkan dengan skandal 1MDB melalui pendedahan laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ), termasuklah sebuah laporan deposit RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib mengancam untuk menyaman WSJ berhubung dakwaan tersebut yang muncul pada 2015, tetapi masih belum berbuat demikian.
 

Lihat Komen
ADS