Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berasa malu, walaupun dunia menggambarkannya sebagai "pencuri" berikutan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram yang melibatkan dana pelaburan negara 1MDB.

Beliau berkata ramai rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara apaabila diperiksa di kaunter imigresen sering ditanya oleh pegawai imigresen  "Adakah kamu dari Malaysia?"

"Apa yang boleh kita katakan, pasport ini memang dari Malaysia," kata Muhyiddin.

" (Pegawai imigresen kata) Saya kenal perdana menteri anda, saya kenal perdana menteri anda adalah seorang pencuri'.

"Malu muka kita tuan-tuan. Najib tak malu kerana kulit dia tebal. Kita malu kerana kita ada perasaan malu. 

"Sebab itu kita tak boleh membenarkan Najib menjadi perdana menteri," tambah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat pada 2016 selepas menimbulkan persoalan mengenai kontroversi 1MDB.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Padang Kota Lama, Pulau Pinang malam tadi sempena sambutan ulang tahun ke-10 kerajaan negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu.

Muhyiddin dipercayai merujuk beberapa laporan berita mengenai 1MDB minggu ini, termasuk laporan The Economist bertajuk "Stop, thief! Malaysia's PM is about to steal an election", yang melaporkan Najib akan menggunakan taktik kotor untuk memenangi PRU14.

Artikel itu susulan daripada beberapa laporan media antarabangsa mengenai rampasan kapal layar mewah The Equanimity yang dimiliki jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho di Indonesia.

Jho Low, seperti yang diketahui umum, didakwa memperoleh kapal layar berharga RM1 bilion itu melalui dana 1MDB, seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ) dalam siasatannya terhadap aktiviti pengubahan wang haram oleh syarikat pelaburan negara itu.

Skandal 1MDB juga dilaporkan di muka depan majalah terkemuka Indonesia, Tempo.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS