Lebih 18,000 terbunuh dalam gerak gempa yang melanda Pakistan
Pakistan berkata lebih 18,000 orang terbunuh manakala 41,000 lagi cedera di Pakistan dalam gerak gempa yang melanda wilayah tersebut, yang dianggap terbesar pernah melanda negara tersebut.
Pakistan berkata lebih 18,000 orang terbunuh manakala 41,000 lagi cedera di Pakistan dalam gerak gempa yang melanda wilayah tersebut, yang dianggap terbesar pernah melanda negara tersebut.
Jurucakap tentera, Mej-Jen Shaukat Sultan juga menjangka, jumlah mangsa yang cedera dalam gerak gempa semalam, yang berikuran 7.6 di skil Richter, akan meningkat, berikutan banyak perkampungan dan bandar-bandar di India dan Pakistan, musnah dalam bencana tersebut.
"Ia adalah bencana terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Pakistan," kata Sultan kepada AFP, sambil merayu bantuan daripada masyarakat antabangsa.
Sultan berkata, helikopter tentera digunakan dalam gerakan menyelamat di zon terbabit kawasan bukit-bukau di Wilayah Sempadan Barat Laut dan di kawasan Kashmir.
"Satu persatu perkampungan musnah," kata seorang pegawai di Muzaffarabad, sebuah bandar utama di Kashmir di sebelah Pakistan.
"Sungai Neelum tertutup apabila keseluruhan kampung dihanyutkan air sungai," katanya.
Salah sebuah bandar yang musnah dalam bencara tersebut ialah Balakot yang terletak di Wilayah Sempadan Barat Laut.
Bencana tersebut mengejut masyarakat antarabangsa yang menjanjikan bantuan bagi membantu mangsa di kawasan terbabit.
'Kanak-kanak tertimbus'
Runtuhan tanah telah menutup jalan di kawasan bukit terbabit sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan mangsa yang selamat. Keadaan bertambah buruk dengan keadaan cuaca yang amat sejuk.
Beratus kanak-kanak dikhuatiri mati selepas beberapa sekolah di Balkot runtuh sewaktu kejadian tersebut. Bencana itu juga turut meruntuh bangunan di ibunegara Pakistan, Islamabad. Dan di kawasan Kashmir di sebelah India pula, gerak gempa itu membunuh sekurang-kurangnya 300 orang
"Semua kanak-kanak dari perkampungan kami pergi ke Balakot dan tiada seorang pun yang kembali," kata Abdul Rashid, seorang pegawai di Kampung Shawal.
"Kami dengar berita yang mengatakan semua mereka telah tertimbus dalam timbunan gerak gempa berlaku," tambahnya.
Pusat gerak gempa tersebut berlaku di sempadan India-Pakistan di wilayah Kashmir, menyebabkan ramai anggota tentera dari kedua belah pihak, dilaporkan terbunuh apabila kubu-kubu mereka runtuh dalam kejadian tersebut.
India dan Pakistan terbabit dalam perang merebut Kashmir, tetapi kedua-dua pihak kini dalam proses mengusahakan perdamaian di wilayah berkenaan. Perdana Menteri India, Manmohan Singh telah menawarkan bantuan kepada Presiden Pakistan, Jen Pervez Musharraf.
"Walaupun sebahagian wilayah India turut terbabit, tetapi kami bersedia untuk menghulurkan bantuan dan usaha penyelamat yang dipelukan," kata Singh.
Presiden George W. Bush pula berkata pihaknya sedang menghantar bantuan manakala di Brussels, Kesatuan Eropah telah memperuntukan tiga juta euros (AS3.6 juta) untuk usaha menyelamat mangsa.
Usaha menyelamat
"Rakyat Amerika amat bersimpati terhadap kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat bencana gerak gempa yang melanda Islamabad," kata Bush.
Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, Kofi Annan berkata, badan dunia itu telah menghantara pasukan ke Pakistan untuk membantu usaha-usaha menyelamat.
Di Britain, yang mempunyai ramai masyarakat Pakistan, Setiausaha Luarnya, Jack Straw berkata, pihak kerajaan bersedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan bagi membantu mangsa bencana tersebut.
Britain, serta France dan Jepun, telah menghantar pasukan penyelamat khas dengan bantuan anjing pengesan serta peralatan menyelamat ke Pakistan.
Jabatan Meteorologi Pakistan dan Amerika berkata, gerak gempa itu berukuran 7.6 di skil Richter, manakala Agensi Meteorologi Jepun pula berkata, ukurannya mencecah 7.8.
Kashmir memang dikenali sebagai kawasan yang mudah dilanda gerak gempa kerana kedudukannya di di banjaran Himalaya.
AFP

