Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bung 'tembak' Wan Saiful: Siapa kamu?
Diterbitkan:  Mar 12, 2018 4:36 PM
Dikemaskini: 4:33 PM

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini mula menghalakan serangannya kepada anggota baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Wan Saiful Wan Jan.

Melalui surat terbuka Bung Moktar yang terkenal dengan sikap lantangnya mencabar Wan Saiful bertanding menentangnya di Kinabatangan.

Kata Bung Moktar dia mewakili kerusi parlimen berkenaan selama empat penggal sejak 1999 dan pengundi di situ sudah jatuh cinta kepadanya.

"Saya dikenali ramai sebagai salah seorang ahli politik kanan BN yang sukar dikalahkah oleh musuh saya.

"Dalam bahasa mudah, saya tidak mudah dikalahkan oleh mana-mana pencabar yang memahami politik hanya dengan menyiapkan kertas kajian bertulis menggunakan komputer riba yang ditaja," katanya.

Kenyataan terbuka itu dibuat sebagai reaksi Wan Saiful terhadap tindakan Bung Moktar mengaitkan obesiti dengan kemakmuran negara.

Antara lain Wan Saiful mendakwa Bung Mokhtar dan anggota parlimen BN yang lain "tiada kelas dan daya intelek".

"Kenyataannya bahawa orang Malaysia gemuk dan itu menunjukkan negara makmur sangat mengarut. Ia menunjukkan bagaimana Umno tidak memahami kesulitan hidup dialami rakyat seperti anda dan saya," kata Wan Saiful.

Berikut adalah petikan surat terbuka Bung Moktar:

Kepada Wan Saiful,

Pertamanya, siapakah kamu secara politiknya?

Adakah kamu beranggapan dengan langkah melompat ke kapal baru itu kamu kedengaran cukup cerdas untuk melabel seseorang lain sebagai tidak cerdik?

Di sebalik ucapan saya di parlimen yang dikritik semberono oleh kebanyakan orang - terutama orang yang melompat kapal seperti kamu - pengundi saya di Kinabatangan jatuh cinta kepada saya sejak saya menyedut udara politik pada 1999 selepas memenangi pemilihan bernama pilihan raya umum.

Berapa umur kamu ketika itu? Adakah kamu masih seorang pelajar?

Sehingga sekarang - pada era orang ramai tertumpu kepada dekad 2020 yang paling ditunggu-tunggu, saya telah terkenal sebagai salah seorang ahli politik kanan BN yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh politik saya.

Ringkasnya, saya tidak boleh dicabar dengan mudah oleh mana-mana pesaing yang hanya memahami politik dengan melengkapkan kertas penyelidikan menggunakan komputer riba yang ditaja.

Bung Moktar yang dikenali pengundi ialah orang yang:

  1. Boleh bercakap dengan baik dalam bahasa mereka
  2. Boleh menjadi pendengar yang baik dan memahami bahasa mereka
  3. Boleh memberi tindak balas serta-merta kepada tuntutan seharian mereka
  4. Sering menziarahi mereka, sama ada musim pilihan raya atau tidak
  5. Berani bercakap "tanpa takut" mengenai kesukaran mereka supaya kerajaan sentiasa melihat masalah yang dihadapi rakyat dan menyelesaikannya semudah menyediakan semangkuk mi segera Korea

Mengenai kenyataan saya tentang obesiti sebagai lambang kemakmuran negara baru-baru ini, apa yang saya boleh katakan ialah, ia sudah disalah tafsir oleh orang yang didorong oleh emosi seperti kamu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS