Pemuda MCA mahu berdialog dengan Kjaan PAS Ktan
Pemuda MCA pusat mahu berdialog dengan Kerajaan PAS Kelantan sekiranya keputusan kerajaan negeri itu mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam baru-baru ini, merugikan masyarakat Cina.
Pemuda MCA pusat mahu berdialog dengan Kerajaan PAS Kelantan sekiranya keputusan kerajaan negeri itu mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam baru-baru ini, merugikan masyarakat Cina.
Timbalan Ketua Pemuda MCA, Ling Hee Leong berkata, parti itu akan membuat kajian sama ada pengisytiharan bandaraya Islam itu semata-mata pada namanya sahaja, ataupun membabitkan pengisian sekali.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan pengisytiharan tersebut sebagai 'sesuatu yang perlu diperincikan".
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Ling berkata demikian semasa berdialog dengan Pemuda MCA di Kota Bharu sempena majlis makan malam Sabtu lalu.
Katanya, semua orang tahu yang Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi sekiranya pengisytiharan bandaraya Islam di Kelantan itu akan merugikan hak asasi manusia dan sekiranya mempunyai aspek negatif, maka "ia merupakan perkara yang kita perlu kaji".
Namun demikian, katanya, sehingga kini, Pemuda MCA belum menerima sebarang aduan daripada masyarakat Cina di Kelantan berhubung pengisytiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam.
Majlis pengisytiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam telah dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 1 Oktober lalu.
Sempena pengisytiharan tersebut, Kerajaan PAS Kelantan telah menjemput juara Akademi Fantasi Mawi untuk menyertai konsert yang turut menampilkan penyanyi veteran M.Nasir, kumpulan Rabbani.
Apa yang menarik kedua-dua konsert itu mengundang kehadiran lebih 40,000 penonton sekaligus mencatatkan sejarah sebagai konsert yang paling besar di Kelantan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.