Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga M'sia atur jual beli syabu dari dalam penjara Indonesia
Diterbitkan:  Mar 15, 2018 6:09 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

GLOBAL | Pernah ditembak, sudah dibicarakan dan dipenjara selepas dijatuhi hukuman mati, seorang lelaki Malaysia masih tidak jera meneruskan aktiviti pengedaran dadah.

Kini berusia 70 tahun Ong Bok Seong dipercayai aktif menguruskan rangkaian pengederan dadah dari dalam penjara di Pontianak, Kalimantan Barat.

Media melaporkan peranan Ong hanya terbongkar selepas polis menahan salah 'kaki' sindiket terbabit di tiga tempat berasingan 12 Mac lalu.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kalimantan Barat Didi Haryono Tribunnews melaporkan Ong bekerjasama dengan seorang lagi banduan di penjara sama, dikenali sebagai Darmansyah.

"Rakyat Malaysia itu sudah tua. Dipenjara pun kerana kes dadah.

"Dia pernah ditembak tetapi masih juga terbabit (dalam sindiket dadah)," katanya semalam.

Menceritakan pembongkaran kegiatan secara tidak sengaja Ong dan Darmansyah, Didi berkata polis awalnya menahan sebuah kereta dinaiki dua suspek di Binjai, daerah Tayan Hulu pada Isnin.

Seorang pesan, seorang keluar duit

Selepas diperiksa, katanya, polis menemukan lima paket berisi syabu dengan berat keseluruhan 5kg.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka memperolehi bekalan dadah itu daripada individu ketiga.

Melalui perancangan yang diatur rapi, polis kemudian meminta dua suspek pertama tadi menghubungi suspek ketiga kononnya mahu menyerahkan syabu berkenaan di Jalan Kembayan di daerah Sanggau.

"Apabila suspek ketiga muncul, polis menahannya dan merampas seunit telefon genggam Blackberry," katanya.


Baca Tak makan rasuah, Indonesia usul penjara buaya


Suspek ketiga itu pula diminta berhubung dengan orang atasannya yang berada di Pontianak dan mengatur pertemuan dan menyerahkan dadah berkenaan.

Suspek keempat itu - yang tidak menjangka polis memerhatikannya - juga ditahan selepas muncul menemui suspek ketiga.

"Berdasarkan pengakuan suspek itu, syabu berkenaan dipesan oleh Darmansyah, manakala Ong pula bertindak membiayai transaksi berkenaan," katanya.

Tidak dapat dipastikan setakat ini bagaimana Ong dan Darmansyah boleh berhubung atau mengatur urusan jual beli dadah berkenaan.

Lihat Komen
ADS