Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz di Dewan Rakyat minggu lalu berhubung isu Permit Import (AP) kereta.

"Kebanyakan soalan tidak dijawab. Dan malangnya ahli-ahli Parlimen juga tidak bertanyakan soalan yang betul," keluh beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa soalan-soalan penting mengenai AP tidak ditanya atau dijawab.

Beliau juga mempersoalkan kenapa majoriti AP diberikan dua atau tiga individu apabila beratus-ratus yang lain turut memohon.

Terdapat soalan-soalan lain yang mungkin tidak ditanya atau tidak dijawab (dengan mencukupi) dan ini termasuk kenapa terdapat kategori-kategori kereta baru dan kenapa konsep francais AP diperkenalkan, katanya.

Dr Mahathir turut mengulangi kenyataannya bahawa bukan beliau yang memberikan status kereta nasional kepada Naza Group dan sebaliknya menuding jari kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Status kereta nasional

"Setakat apa yang digelar kelulusan kepada kereta Naza sebagai kereta nasional, saya fikir MITI amat tahu bahawa MITIlah yang meluluskan (status itu kepada to Naza)," beliau berkata selepas melancarkan satu inisiatif untuk menjadi tuan rumah Forum Keamanan Global Perdana 2005 oleh Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Dr Mahathir adalah presiden kehormat PLF.

Julai lalu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa keputusan untuk memberikan status kereta nasional kepada Naza telah dibuat oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku menteri yang bertanggung jawab bagi MITI.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas disedari bahawa kandungan tempatan dalam pengeluaran kereta-kereta yang dipasang oleh Naza daripada kereta asal Kia dari Korea Selatan hanyalah 18 peratus.

Kabinet pada masa itu tidak boleh membatalkan keputusan yang telah dibuat tetapi sebaliknya berharap agar Naza boleh meningkatkan kandungan tempatan sehingga 50 peratus, ingat beliau.

Dr Mahathir juga berkata kementerian-kementerian kerajaan tidak harus menutup sebarang isu yang membabitkan pengeluaran AP kereta, yang diperlukan bagi mengimpot kereta ke negara ini.

"Dan kita tahu menutupnya adalah salah. Kementerian-kementerian kerajaan tidak harus menutup dan berbohong kepada orang ramai. Kerana itu adalah salah," tegas beliau.

'Tidak harus lindungi'

"Saya fikir kerajaan amat tahu bahawa MITIlah yang telah meluluskan (semua keputusan mengenai AP). Perkara-perkara ini adalah satu penipuan dan ini adalah amat buruk," dakwa Dr Mahathir.

"Kerajaan-kerajaan tidak harus melindunginya, terutamanya kerana sekarang kita percaya terhadap ketelusan," tekanya.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir juga mendedahkan bahawa MITI mempunyai hak dalam menentukan harga kereta diisytihatkan di bawah sistem AP.

"Kenapa harga diisytiharkan itu rendah?" tanya beliau.

"Itu tidak dijawab kerana jika MITI tahu, adalah tanggung jawab MITI memastikan bahawa harga itu adalah harga yang betul," tambahnya.

Jun lalu, sebuah akhbar harian Melayu melaporkan bahawa Malaysia dianggarkan telah kerugian kira-kira RM1 bilion setahun dalam duti import kerana harga diisytiharkan yang rendah bagi kenderaan yang diimport yang dibawa masuk dengan AP.