Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

MCA Alor Gajah telah mempersoalkan di manakah Wong Nai Chee -setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz didakwa menghina mesyarakat Cina.

Bahagian ini juga membangkitkan keraguan tentang sumbangan politik Wong pada masa lalu, dan bertanya apa haknya untuk bertanding di kerusi Parlimen di Melaka itu.

Ini berikutan laporan bahawa Wong mungkin menggantikan penyandang MP, Koh Nai Kwong dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika anda mahu menjadi calon, datang dan berkhidmat, terlebih dahulu.

"Sebagai setiausaha politik Cina PM, apa yang telah anda lakukan? (Adakah anda) menyelesaikan isu-isu masyarakat Cina?

"Walaupun jika kita tidak melihat isu-isu masa lalu, apa yang telah dilakukannya semasa kenyataan Nazri itu baru-baru ini?" kata Setiausaha MCA bahagian Alor Gajah, Chew Chong Lin kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan menyokong Koh.

Beliau merujuk kepada Nazri yang mengkritik jutawan Tan Sri Robert Kuok.

Kenyataan Nazri mengundang kecaman dari MCA, tetapi pemimpin Umno itu enggan memohon maaf.

Chew menegaskan bahawa Koh, yang menurutnya rajin dalam berkhidmat kepada rakyat dan disayangi penduduk tempatan, telah diperlakukan secara tidak adil.

Sekiranya Koh tidak dicalonkan di Alor Gajah, MCA bahagian tidak boleh menyumbang dalam kempen pilihan raya untuk mana-mana calon lain, katanya.

Daripada 38 cawangan MCA di Alor Gajah, hanya enam yang menyatakan berkecuali dan akan menyokong mana-mana calon BN, manakala 32 cawangan lagi berkeras mahu Koh mempertahankan kerusinya, kata Chew.

"Jika Koh tidak sihat, atau dia mempunyai skandal, maka untuk menggantikannya, bukanlah masalah besar, tetapi dia kuat bekerja. Dia menyelesaikan sebahagian besar aduan pengundi.

"Biasanya, jika ada calon lain (akan bertanding di sini), adakah anda masih berminat untuk membantu? Saya percaya ia mustahil. Kami telah  hilang semangat," katanya.

Beliau juga mengingatkan kepimpinan MCA bahawa pembangkang akan gembira melihat MCA berada dalam keadaan huru-hara.

Beliau menggesa Presiden MCA Datuk Seri, Liow Tiong Lai dan Najib supaya mendengar suara akar umbi dan tidak menggantikan Koh.

"Apakah kesalahan Koh? Kenapa mahu menggantikannya? Tidakkah ia akan melemahkan seluruh pasukan?

"BN berada dalam keadaan yang tidak pasti. Saya fikir (langkah) ini berbahaya, saya harap PM akan menerima pandangan kami secara serius."

Penyokong Koh akan meneruskan kempen mengutip tandatangan di Alor Gajah, kata Chew, dan akan mengemukakan petisyen itu kepada Najib sebaik sahaja menapai sasaran mereka.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS