Dong Jiao Zong temui parti komponen Cina BN
Pergerakan pendidikan Cina Dong Jiao Zong telah mengadakan siri perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) kaum Cina untuk merumuskan pendekatan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah Cina bagi murid tahun empat, lima dan enam.
Pergerakan pendidikan Cina Dong Jiao Zong telah mengadakan siri perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) kaum Cina untuk merumuskan pendekatan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah Cina bagi murid tahun empat, lima dan enam.
Dasar untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan di semua sekolah, termasuk sekolah rendah Cina bagi tahun satu, dua dan tiga atau tahap satu pada 1 Januari 2003.
Pengerusi Dong Jiao Zong, Yap Sin Tian berkata, pergerakan itu telah mengadakan perbincangan dengan MCA dan Gerakan untuk menangani isu itu. Perbincangan dengan MCA diadakan semalam dan dengan Gerakan pada hari Jumaat.
"Kami mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik dan lainnya untuk membincangkan perkara ini. Kami mahu memberikan pendapat kami mengenai isu ini," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan tiga jam dengan MCA di Wisma MCA semalam.
Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan "formula" yang dicadangkan pergerakan itu, menyatakan satu kenyataan akan dikeluarkan kemudian.
Pelaksanaannya adalah berdasarkan "formula 2-4-3" dua masa bagi Bahasa Inggeris, empat masa bagi Matematik dan tiga bagi Sains dalam seminggu bermula dengan murid tahun satu, dua atau tiga pada 2003.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada keputusan mengenai jumlah masa bagi dua mata pelajaran itu apabila murid memasuki Tahun Empat tahun depan.
Persekutuan Persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persekutuan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), kedua-duanya dikenali sebagai Dong Jiao Zong, membantah pengajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah Cina.
Formula 2-4-3
"Formula 2-4-3" yang dilaksanakan pada 2003 melibatkan pengurangan masa bagi Mandarin, pendidikan jasmani dan pendidikan moral dengan masa Mandarin dikurangkan daripada 15 kepada 12 seminggu, pendidikan jasmani dan pendidikan moral sebanyak satu masa.
Pada masa ini, masa dalam masa seminggu bagi sekolah rendah Cina (di Tahap Satu yang terdiri daripada tahun satu hingga tiga) ialah sembilan masa bagi Bahasa Malaysia, 12 bagi Mandarin, dua bagi Bahasa Inggeris, enam bagi Matematik dalam bahasa Mandarin dan empat bagi Matematik dalam bahasa Inggeris dan masing-masing tiga masa bagi Sains dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris.
Masa bagi pendidikan moral telah dikurangkan kepada empat manakala masa bagi pendidikan jasmani dikurangkan kepada dua, dengan masa dalam seminggu bagi sekolah rendah Cina ditambah kepada 50 daripada 46.
Menurut laporan Bernama , di Tahap Dua, jumlah masa dalam seminggu ialah 48, dengan empat masa bagi Sains dan tujuh bagi Matematik yang diajar dalam Mandarin.
Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy, yang mengetuai delegasi MCA, enggan mendedahkan butiran perbincangan hari ini, menyatakan kedua-dua pihak memberikan pendapat mereka secara terus terang.
"Saya tidak akan berikan butirannya secara terperinci. Kami mendengar pendapat mereka," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.