Dewan Rakyat tolak usul Kit Siang
Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) supaya dewan membincangkan soal penubuhan Jabatan Parlimen yang beliau sifatkan akan berlaku pengambilan kuasa dan fungsi Parlimen oleh pihak eksekutif.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul itu berkata ia tidak perlu disegerakan dan boleh dibangkitkan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006 yang sedang berlangsung sekarang.
Menurut laporan Bernama, kabinet meluluskan penubuhan jabatan baru itu berkuatkuasa pada 15 September lalu.
Jabatan itu akan diketuai seorang Ketua Pengarah yang akan menumpukan tugas terhadap urusan pentadbiran luar Dewan Rakyat dan Dewan Negara seperti menguruskan tuntutan anggota Parlimen, penjagaan bangunan Parlimen dan urusan kakitangan Parlimen.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.