Tujuh penduduk Iban ditahan berkaitan kejadian bakar balak
Terjemahan Tujuk penduduk kaum Iban dari Pantu, Sarawak ditahan kerana didakwa cuba mempertahankan tanah adat mereka daripada kegiatan pembalakan, demikian menurut pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Anthony Belon.
Terjemahan Tujuk penduduk kaum Iban dari Pantu, Sarawak ditahan kerana didakwa cuba mempertahankan tanah adat mereka daripada kegiatan pembalakan, demikian menurut pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Anthony Belon.
Mereka kini ditahan di balai polis pusat Sri Aman, kira-kira 180km dari Kuching. Polis mengesahan penahanan mereka.
Belon berkata, penduduk terbabit ditangkap di rumah mereka di Kampung Bait Pantu Sri Aman dua hari lalu.
Difahamkan mereka ditahan untuk siasatan berhubung kejadian pembakaran kayu balak yang ditebang oleh Tasini Project Management Consultant Sdn Bhd, Jumaat lalu.
Kesemua mereka Rayang anak Ringkai, Layuh anak Julin, Nelson Lai anak Ringkai (semua berumur 50 tahun), Menjan anak Jantan (51), Jiri anak Unap, Kubih anak Kusek (30) dan Machau anak Layus (52) akan dihadapkan di mahkamah pada 13 Oktober ini.
Enggan terima pampasan
Penduduk mendakwa, syarikat berkenaan telah menebang kayu balak di kawasan 'hutan masyarakat' di situ.
Awal tahun ini, mereka enggan menerima tawaran pampasan dari syarikat berkenaan kerana bimbang ia boleh menggalakkan lagi kegiatan pembalakan haram di situ.
Peguam yang mewakili ketujuh-tujuh penduduk terbabit, Dominique Ng, memberitahu malaysiakini hari ini, yang beliau akan cuba mendapatkan pembebasan mereka secepat mungkin./ Berita asal
TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.