Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST dipromosi macam iklan arak, kata Guan Eng
Diterbitkan:  Mar 18, 2018 10:30 PM
Dikemaskini: 2:37 PM

Seperti iklan Guinness Stout - itu perumpamaan digunakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk kempen kerajaan mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Berucap di majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Seremban Lim berkata Datuk Seri Najib Razak menegaskan berkali-kali bahawa GST adalah baik untuk rakyat.

"Macam iklan Guinness Stout (yang menggunakan slogan) Guinness Stout is good for you. Ini untuk orang bukan Islamlah.

"Tapi, GST is bad for everyone (tidak baik untuk semua orang)," katanya di depan ribuan orang ramai yang memenuhi pekarangan tempat ceramah itu diadakan.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menegaskan taraf hidup rakyat Malaysia tidak meningkat dalam tempoh lima tahun terakhir ini walaupun jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bertambah.

Keadaan itu katanya disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup kesan daripada pelaksanaan GST.

Lim juga memberi amaran, kadar cukai 6 peratus GST mungkin meningkat pada masa depan jika BN kekal memerintah negara.

"Sebagai contoh GST di Singapura bermula pada kadar tiga peratus tetapi ia sudah meningkat menjadi enam peratus," katanya.

Pada masa sama Lim berkeyakinan negara ini mampu ditadbir oleh HARAPAN tanpa mengenakan GST kepada orang ramai.

Lim juga mengumumkan Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS