Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Surat terbuka Hanipa - makin ramai tak cerdik ulas isu 1MDB

ULASAN l Saya betul-betul hairan mengapalah bila tiba isu 1MDB, ramai orang yang tiba-tiba jadi tak begitu cerdik.

Saya baru membaca wawancara majalah Tempo Indonesia dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Beliau pernah menjadi ahli PKR dan memegang pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang.

Dia dilaporkan berkata antara lain, jika FBI kata 1MDB melakukan penggubahan wang haram (money laundering) mengapakah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda tidak diperiksa?

Dia juga kata berdasarkan informasi yang didapati kapal Equanimity bukan milik Jho Low. Saya pula kata kongsilah informasi itu jika betul ada. Jika tak mahu kongsi, nanti orang lain pun boleh kata berdasarkan informasi mereka, bapak ini temberang!

Yang lagi beagus dia juga kata tiada kes dalam isu 1MDB. Alasannya PDRM, SPRM dan Peguam Negara telah selidiki dan tak jumpa apa apa penipuan. Tak jumpa ke atau tak mahu jumpa? Mereka selidik apa kita pun tak tahu.

Maaflah, saya kena jawab siki lah. Yang pertama, dia kata Arul Kanda tak diperiksa oleh 1MDB.

Kena tengok dulu tarikh yang relevan. Bila Arul dilantik? Dan bila pula tarikh yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB?

Berdasarkan kertas saman DoJ , dari tahun 2009 membawa kepada tahun 2015 , lebih dari AS$4.5bilion dalam tabung 1MDB didakwa telah disalahguna oleh para pegawai tinggi (high officials) 1MDB dan rakan kongsi mereka (their associates).

Sedangkan berdasarkan kenyataan akhbar dari 1MDB sendiri, Arul Kanda hanya dilantik sebagai Presiden dan Kumpulan Pengarah Eksekutif 1MDB pada 5-1-2015 menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman.

Jadi logiknya dari 2009-2014, Arul Kanda tak relevan pun kerana belum dilantik oleh 1MDB. Hatta yang tahun 2015, jika dah dilantikpun, bukan beliau tak dipanggil tapi belum dipanggil untuk diperiksa.

Sabarlah Bapak Duta. Kini kes DoJ juga dah jadi kes jenayah, jadi sabar sikit ya bapak - siasatan ini, orang kata, is an ongoing process. Jangan ingat FBI dan DoJ ni bodoh!

Bapak Duta juga kata kapal Equanimity itu bukan milik Jho Low. Jika bukan milik Jho Low awatlah sebelum ini , Jho Low begitu repot (sibuk) buat komen ke atas rampasan kapal itu melalui jurucakap beliau.

Tidak ada pun dalam kenyataan beliau itu, dia nafi yang dia pemilik kapal equanimity itu? Yang sibuk kata kapal itu bukan milik Jho Low setakat ini menteri BN dan kini bapak duta pula. Tak pelik ke bapak?

Polis, SPRM dan AG tak jumpa penipuan dalam 1MDB. Tak jumpa atau tak mahu jumpa?

Pelik juga kata tak jumpa penipuan 1MDB, tapi mantan AG diarah letak jawatan, pegawai SPRM letak jawatan, TPM diarah berhenti, anggota PAC dari parti pemerintah dinaikkan pangkat jadi timbalan menteri, di Parlimen soalan tentang 1MDB banyak yang ditolak.

Logiknya jika macam itu, macam manalah nak jumpa bapak!

Allah lebih tahu.


MOHAMED HANIPA MAIDIN adalah seorang peguam dan anggota parlimen Sepang yang kini mewakili parti AMANAH.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS