Tiada sambutan rasmi untuk rombongan Israel di KL
PARLIMEN | Rombongan Israel yang masuk ke Malaysia untuk Forum Bandar Sedunia di Kuala Lumpur bulan lalu dikatakan hanya satu-satunya yang pernah berlaku.
Malah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia tidak disambut secara rasmi oleh pegawai-pegawai Wisma Putra atau diberikan perlindungan polis.
Reezal mendedahkan, kesemua rombongan negara lain tidak dilayan sebegitu.
Justeru, Reezal (BN-Kepala Batas) memberitahu Dewan Rakyat pagi ini bahawa langkah itu menunjukkan pendirian Malaysia terhadap pencerobohan Israel dan penindasan rejim itu terhadap rakyat Palestin.
“Hanya dia,” kata Reezal menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri r Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).
Presiden PKR itu mahu tahu sama ada Malaysia menyatakan bantahan terhadap penyertaan Israel dalam seminar anjuran Persatuan Bangsa-bangsa (PBB) bersatu itu.


