Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa liwat anak mohon hukuman penjara 48 tahun dikurangkan

Seorang lelaki berusia 37 tahun yang mengaku bersalah terhadap 623 pertuduhan kesalahan seksual terhadap anak perempuannya yang berumur 15 tahun memohon pertolongan Biro Bantuan Guaman untuk membantu mengurangkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan rotan yang dijatuhkan ke atasnya.

Perkara ini didedahkan hari ini kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Paduka Azman Abdullah.

Mahkamah diberitahu bapa kepada tiga orang anak itu kini akan diwakili oleh peguam Cyrus Tiu Foo Wei. Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali pula akan mewakili pihak pendakwaan.

Berikutan itu, hakim menetapkan 25 April ini untuk mendengar penghujahan untuk mengurangkan hukuman ke atas lelaki berkenaan.

Ogos lalu, adalah dilaporkan Mahkamah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya mengambil masa dua hari untuk membacakan 623 pertuduhan berkenaan. Lelaki berkenaan ketika itu tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Dia kemudiannya mengaku bersalah pada September lalu terhadap semua 623 pertuduhan melakukan liwat dan serangan seksual terhadap mangsa selama dua tahun.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS