Proton Holdings Berhad (Proton) dan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) hari ini menafikan sama ada lembaga pengarah kedua-dua kumpulan atau pemegang-pemegang saham utama mereka memgetahui mengenai Proton mahu memiliki kepentingan di dalam EON.

Menjawab pertanyaan Bursa Malaysia semalam, kedua-dua syarikat itu dalam kenyataan berasingan menjelaskan mereka tidak berbincang mengenai Proton akan memiliki kepentingan di dalam EON.

Dalam kenyataanhya, Proton ketika menjawab pertanyaan Bursa Malaysia, menjelskan bahawa ia tidak menimbangkan sebarang rancangan bagi pemilikan saham yang dipegang oleh DRB-Hicom Bhd di dalam EON.

"Bagaimanapun, Proton dan/atau anak-anak syarikatnya akan terus memulakan dan menimbang peluang-peluang perniagaan yang berdaya maju dan cadangan-cadangan kerjasama teknikal, yang akan memanfatkan dan menambah nilai kepada kepentingan syarikat," katanya.

EON, sementara itu memberitahu Bursa Malaysia bahawa sama ada lembaga pengarah EON atau pemegang-pemegang saham utamanya tidak mengetahui menenai perkara seumpama itu.

Menurut laporan Bernama, kenyataan-kenyataan mereka dibuat sebagai menjawab satu artikel yang diterbitkan di dalam akhbar The Star Sabtu lalu.

Laporan itu menyatakan bahawa Proton Holdings Bhd mungkin menimbang untuk memiliki 29.3 peratus saham DRB-Hicom Bhd di dalam syarikat pengedaran kereta, EON, dengan menyuntik pengedar kereta milik penuhnya Proton Edar Sdn Bhd ke dalam EON.