TPM Thai akan temui 131 penduduk Islam Thai di Tganu
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Chidchai Vanasatidya mengumumkan akan menemui 131 penduduk Islam dari selatan Thai yang mendapatkan perlindungan di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Chidchai Vanasatidya mengumumkan akan menemui 131 penduduk Islam dari selatan Thai yang mendapatkan perlindungan di Malaysia.
Menurut laporan Agensi Berita Thai (TNA) semalam, Chidchai akan melawat tempatan perlindungan penduduk terbabit di Terengganu, pada 28 Oktober depan.
Timbalan Perdana Menteri itu bagaimana enggan menyatakan sama ada penduduk Islam terbabit akan pulang selepas lawatannya itu.
TNA memetik Chidchai sebagai berkata, para pegawai dari Badan Pembinaan Damai Wilayah Selatan (SBPPC) telah pun dihantar ke Terengganu menjelang lawatannya hujung bulan ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, hanya seorang daripada penduduk Islam terbabit yang telah dikeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Menurut laporan Bernama, penduduk Islam tersebut melarikan dari dari perkampungan mereka di wilayah Narathiwat kerana bimbangkan keselamatan mereka berikutan pergolakan di wilayah selatan Thai tersebut.
Mereka pada mulanya ditahan selepas memasuki Malaysia, melalui sempadan Kelantan, tanpa dokumen perjalanan sah, dan kemudiannya ditempatkan semula di Terengganu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.