Speaker: Laporan persempadanan semula dibentang Rabu depan
Diterbitkan: Mar 22, 2018 11:09 AM | Dikemas kini: Mar 22, 2018 11:17 AM
PARLIMEN l Laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen Rabu depan, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pada permulaan sidang hari ini, Pandikar berkata salinan laporan itu telah diletakkan di semua meja MP tetapi kandungannya dikenakan embargo sehingga 28 April.
Beliau mengingatkan bahawa laporan itu tidak boleh diterbitkan sehingga ia telah dibentangkan," kata Pandikar.

