Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah: Permohonan Dr M remeh, tak boleh dihujah
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 4:06 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menegaskan permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan dua jawatan tertinggi dalam badan kehakiman sebagai "remeh dan tidak boleh dihujah"

Hakim Azizah Nawawi dalam alasan bertulisnya berkata di bawah Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri memberi nasihat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

"Di bawah Artikel 40 (1A), Agong akan bertindak atas nasihat yang diberikan, oleh itu, di bawah kedua-dua peruntukan ini, tidak ada hak undang-undang kepada Mahathir untuk mengarahkan perdana menteri mengajukan nasihat kepada Agong," katanya.

Mahathir, dalam permohonan semakan kehakimannya, mahu memaksa perdana menteri menasihati Agong membatalkan pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan presiden Mahkamah Rayuan Tun Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memfailkan dua permohonan berasingan - satu terhadap Raus pada Ogos lalu dan satu lagi terhadap Zulkefli pada September - ketika mereka mencapai umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan.

Cabaran awal Mahathir ditolak, sebelum permohonan lain dibuat oleh Parti Amanah Negara (AMANAH), Badan Peguam Malaysia dan Persatuan Peguam Sarawak (AAS).

Permohonan oleh Badan Peguam dan AAS didengar di Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac dan sedang menunggu keputusan. Cabaran Mahathir ditolak November lalu tetapi alasan penghakimannya hanya dibuat baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS