Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin berkaitan akaun bank beliau yang dibekukan di Sydney, Australia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata SPRM telah membuka kertas siasatan pada 6 Mac lalu.

Ia berlaku empat hari selepas akhbar Australia, Sydney Morning Herald melaporkan pihak berkuasa tempatan telah membekukan sebuah akaun bank yang dimiliki Wan Ahmad Najmuddin dengan deposit simpanan lebih A$320,000 (RM971,800).

Menurut akhbar itu, pihak polis persekutuan Australia mendakwa wang yang disalurkan ke dalam akaun Ahmad itu sama ada untuk penggubahan atau hasil jenayah.

"SPRM juga telah meminta dokumen kes itu daripada pihak polis Australia," kata Razali (gambar) dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata siasatan SPRM turut mengambil kira kenyataan yang dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun pada 15 Mac lalu.

Beliau menjawab soalan Angota Parlimen PKR untuk Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika perbahasan titah Yang Dipertuan Agong.

Pada 15 Mac, Fuzi dilaporkan berkata menafikan Wan Ahmad Najmuddin diminta bercuti dan siasatan dalaman yang dijalankan pada 2016 membebaskan beliau daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS