Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video dakwa hubungan sulit KP SPRM tiada kaitan rasuah, kata timbalan menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menyiasat video tular yang mendakwa Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad melakukan hubungan sulit kerana ia tiada sebarang elemen rasuah, Dewan Rakyat beritahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata tiada asas untuk SPRM memulakan siasatan terhadap kes ini.

"Saya akan cuba menjawab bagi pihak SPRM. Jika ia kes seorang perempuan menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan timbal balas, maka kamu boleh minta SPRM siasat.

"Tapi kes ini tiada kaitan dengan SPRM," kata Razali menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang menyoal SPRM tidak bertindak ke atas Dzulkifli dalam hubungannya dengan video tersebut.

Gobind meminta Razali untuk menjelaskan sebab ketiadaan tindakan diambil terhadap Dzulkifli berdasarkan dakwaan dalam video itu yang kali pertama muncul di media sosial Oktober tahun lalu.

Kemudiannya, seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap video itu, menuntut sebuah siasatan dibuat.

Pada ketika itu, Dzulkifli berkata beliau tidak akan tunduk dengan 'serangan kotor dan jijik' dan akan tetap komited melawan rasuah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun pada 17 Oktober tahun lalu mengumumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS