Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Datuk temui dua cucu lemas di tali air
Diterbitkan:  Mar 23, 2018 6:37 AM
Dikemaskini: 10:42 PM

Seorang datuk tidak menyangka menjadi orang pertama yang menemukan mayat dua cucunya terapung di tali air Kampung Gong Baru di Kuala Terengganu pagi semalam.

"Memang itu cucu saya, saya kenal mereka bila tengok baju mereka pakai kali terakhir," kata Mamud Embong, 66, datuk kepada dua beradik mangsa lemas itu.

Mamud yang menemukan mayat cucunya ,Muhammad Harries Daniel Fauzi, 11 tahun dan Muhammad Azreill Haikal Fauzi, 13, pada 8.45 pagi berkata sebolehnya beliau ingin menemukan kedua-dua cucunya dalam keadaan selamat tetapi takdir sudah tersurat mereka meninggal dunia.

"Mereka tidak pernah sekalipun ke tali air tersebut sebelum ini... saya tidak jangka pula mereka akan berjalan kaki ke sana sebab jaraknya agak jauh dari rumah.

"Mereka cucu yang baik dan tidak pernah berenggang antara satu sama lain, nakal itu biasalah nakal budak lelaki tetapi tidak pernah menyusahkan saya. Saya sudah besarkan mereka dari kecil lagi setelah ayah mereka berpisah dengan ibunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Gong Tok Nasek semalam.

Jenazah kedua-dua adik-beradik dikebumikan dalam satu liang lahad, selepas solat Asar pada 6 petang.

Adik beradik itu dipercayai keluar rumah sejak petang semalam dan kehilangan mereka disedari ibu mereka apabila tidak pulang ke rumah.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS