Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses - ROS
Diterbitkan:  Mar 23, 2018 6:23 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan pada masa ini, masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata ia berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

"Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 9 Mac lepas, ROS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS