Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau menyokong sepenuhnya rancangan kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi menangani berita palsu.

"Saya sokong sepenuhnya undang-undang baru untuk berita palsu," katanya ringkas ketika ditemui dalam acara penutup Kem Permata Seni di Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada sesi Parlimen kali ini.

Pihak yang tidak bersetuju dengan rancangan itu mendakwa ia bertujuan untuk menutup isu yang tidak berpihak kepada kerajaan.

Dakwaan itu dikuatkan dengan kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini bahawa setiap maklumat berhubung isu 1MDB yang tidak disahkan pihak berkuasa dianggap sebagai "berita palsu".

Dalam acara itu, Rosmah menyertai sesi perkongsian dengan ibu bapa 241 peserta Kem Permata Seni dan kebanyakannya memuji program itu dalam mengembangkan minat anak-anak mereka dalam bidang seni.

Selain upacara penyampaian hadiah, acara itu juga diserikan dengan 13 persembahan nyanyian dan tarian oleh peserta kem yang melibatkan pelajar berusia 7 tahun hingga remaja.

Lihat Komen
ADS