Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menimbang untuk melaksanakan GST sejak 1984 - ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad - tetapi akhirnya tiada keberanian untuk meneruskannya.

Bercakap dalam program Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 di Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan akhirnya mengambil langkah yang betul pada 2015 dengan melaksanakannya.

Justeru beliau berkata kerajaan sanggup menanggung sebarang akibat politik akibat pelaksanaan sistem cukai itu.

"Sejak 1984 lagi tetapi kerajaan pada masa itu tiada keberanian politik.

"Kami sanggup menanggung akibat politik kerana ia adalah langkah yang betul. GST akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya dalam sesi soal jawab bersama penasihat (NTP) Datuk Idris Jala.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri apda 1984. Kini beliau menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berikrar memansuhkan GST jika berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS