Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jangkakan berita 'bosan' dari media massa nanti
Diterbitkan:  Mar 27, 2018 11:56 AM
Dikemaskini: 4:33 AM

Jika rang undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan parlimen, orang ramai boleh menjangkakan hanya berita yang dipetik daripada sidang media atau kenyataan rasmi saja yang dilaporkan, kata seorang bekas pengarang.

"Jika dan apabila ia menjadi undang-undang, ia akan mengakhiri sedikit ruang yang tersisa untuk laporan berbentuk siasatan dalam media tempatan," kata Mustapha Kamil Mohd Janor.

Bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) itu menambah keadaan sebegitu juga memberi kesan kepada syarikat media yang sebelum ini pun bergelut untuk menarik pembaca, penonton dan pendengar.

Sambil merujuk kepada satu laporan NST sebagai contoh Mustapha Kamil berkata corak pemberitaan masa depan - jika akta berkenaan diluluskan serta menjadi undang-undang - tidak akan bersifat kritikal.

"Tiada komen tambahan atau apa saja," katanya hari ini.

Takrif berita palsu

RUU Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam.

Melalui RUU itu kerajaan mencadangkan pesalah yang mengadakan, menawarkan atau menerbitkan "berita tidak benar" supaya didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang berterusan, pesalah boleh didenda selanjutnya sehingga RM3,000 setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selain hukuman, mahkamah juga boleh memerintah pesalah memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara terbuka di mahkamah ataupun melalui akhbar.

Rang undang-undang itu mentakrifkan berita tidak benar sebagai "apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhan adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea" .

Ia menjadi perhatian kerana dibentangkan ketika kerajaan - terutama Datuk Seri Najib Razak - berdepan kritikan pelbagai pihak, selain dikaitkan dengan skandal 1MDB oleh beberapa kerajaan asing.

Bagai pedang bermata dua

RUU itu juga dibentangkan ketika negara ini begitu hampir mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Corak pemberitaan media konvensional atau syarikat yang dekat dengan kerajaan biasanya tidak bersifat kritikal kepada kerajaan namun keadaan sebaliknya berlaku pada media dalam talian.

Pemberitaan berbentuk siasatan di kalangan media massa kovensional pula biasanya dapat membongkar beberapa kesalahan atau kelemahan pihak berkuasa walaupun pada kebanyakan masa ia tidak melibatkan pemimpin tertinggi negara secara langsung.

Dalam amalan kewartawanan di negara ini laporan berbentuk siasatan yang memberi kesan biasanya diiktiraf melalui Anugerah Kajai.

Mustapha Kamil yang terkenal sering bersikap sinis dalam pandangannya di media sosial juga keadaan itu juga mungkin menyebabkan sebuat laporan pendek dan ringkas memerlukan sepasukan wartawan yang ramai untuk menyiapkannya.


Baca RUU antiberita palsu bunuh demokrasi sedia tenat


Semalam Mustapha Kamil turut menganggap akta berkenaan seperti serampang dua mata.

"Undang-undang antiberita palsu boleh menjadi sebilah pedang dengan dua mata. Tak, biar saya susun semula ayat itu - undang-undang antiberita palsu semestinya menjadi pedang bermata dua," katanya.

Lihat Komen
ADS