Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penganalisis langgar embargo, beri amaran 'malapetaka'

Penganalisis politik Wong Chin Huat hari ini melanggar embargo Dewan Rakyat dengan mendedahkan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sebuah forum di ibu negara.

Wong berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana laporan itu didakwa akan mengundang “malapetaka” besar.

“Saya akan langgar undang-undang demi kebaikan negara ini.

“Laporan ini bawah embargo... (kerana) ada banyak perkara yang mungkin SPR dan pihak berkuasa tidak mahu rakyat Malaysia tahu, sebelum anggota parlimen mereka mengundi esok.

“Jadi saya rasa terpaksa dedahkan apa yagn saya tahu... Rakyat Malaysia perlu tahu tenang cadangan membimbangkan dan memberi kesan besar ini,” katanya.

Wong berkata beliau akan turut mendedahkan keseluruhannya laporan SPR itu dalam dalam laman web NGO Engage.

Cadangan itu dibentangkan di Dewan Rakyat, Khamis lalu tetapi Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan syarat embargo (larangan dedah awal) yang akan berakhir esok.

Wong berkata beliau akan tampil ke parlimen hari ini untuk membayar denda RM1,000 kerana melanggar embargo itu bawah Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Forum dihadiri Wong itu membincangkan berkaitan dakwaan penipuan pilihan raya serta cadangan SPR dengan panjang lebar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS