Pengawal Keselamatan Gurkha boleh 'ancam' keselamatan negara?
Laporan khas
Apakah kesannya kepada rakyat dan negara apabila rakyat Nepal diambil sebagai pengawal keselamatan? Ada pihak yang bimbang "Gurkha" ini akan memonopoli industri berkenaan. Malah, ada yang mendakwa kehadiran mereka boleh 'mengancam' keselamatan negara kerana mereka adalah bekas tentera.
Laporan khas
Apakah kesannya kepada rakyat dan negara apabila rakyat Nepal diambil sebagai pengawal keselamatan? Ada pihak yang bimbang "Gurkha" ini akan memonopoli industri berkenaan. Malah, ada yang mendakwa kehadiran mereka boleh 'mengancam' keselamatan negara kerana mereka adalah bekas tentera.
Persatuan Pasukan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) adalah antara pihak yang tidak menyenangi tindakan kerajaan membenarkan kemasukan warga Nepal ini dalam sektor berkenaan.
Presidennya, Datuk Rahmat Ismail, bimbang trend kemasukan semakin ramai bekas tentera Nepal yang bertugas sebagai pengawal keselamatan, jika tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa, boleh mengancam keselamatan negara.
Oleh itu, katanya, sebelum sesuatu yang buruk berlaku, pihak berkuasa perlu menimbang kemasukan warga Nepal sebagai pengawal keselamatan.
"Sesiapapun tidak tahu dengan mendalam mengenai bekas tentera Nepal ini. Kerajaan menerima permohonan melalui ejen pekerjaan sama ada yang berpejabat di negara ini atau di Nepal.
"Pegawai kerajaan tidak pergi sendiri ke Nepal untuk melihat proses pemilihan dan pengambilan pengawal keselamatan Nepal itu. Pelbagai perkara boleh berlaku, termasuk penipuan," katanya.
Monopoli pekerjaan
Menurutnya lagi, walaupun setakat ini belum berlaku kes pengintipan atau sabotaj oleh pengawal keselamatan Nepal, "namun kita perlulah berjaga-jaga".
Rahmat mendakwa beliau sendiri pernah disogok wang oleh pembekal pengawal keselamatan Nepal ini supaya menyokong bekas tentera Nepal untuk bekerja di negara ini.
Katanya, trend kemasukan semakin ramai pengawal keselamatan bekas tentera Nepal, kerana meningkatkan permintaan dari para majikan, dikhuatiri satu lagi industri di negara ini akan dikuasai oleh pekerja asing, sepertimana yang berlaku dalam sektor pembinaan dan perladangan.
Beliau mendakwa jumlah permintaan daripada majikan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan Nepal semakin meningkat, dengan alasan mereka merupakan pekerja yang rajin, tekun, telus dan berdisiplin.
Berikutan itu, kata Rahmat, berlaku diskiriminasi di antara pengawal keselamatan warga Nepal dengan rakyat tempatan, terutama mengenai pembayaran gaji kerana majikan terikat dengan peraturan pembayaran gaji minima RM1,200 sebulan kepada warga Nepal.
"Pengawal keselamatan tempatan tidak terikat dengan peraturan gaji minima dan jumlahnya bergantung kepada agensi majikan masing-masing.
"Gaji asas pengawal keselamatan tempatan ialah kira-kira RM500 sebulan. Untuk mendapat RM1,000 mereka terpaksa bekerja lebih masa," katanya.
Graduan menganggur
Beliau berkata, gaji yang murah ini menyebabkan para belia tempatan tidak berminat bertugas sebagai pengawal keselamatan kerana mereka boleh bekerja dalam sektor yang memberikan pulangan yang lebih lumayan.
Rahmat berkata, keadaan ini memaksa syarikat kawalan keselamatan mengambil pekerja tempatan yang sudah lanjut usia kerana kesukaran untuk mendapatkan pekerja muda.
Katanya, pihak persatuan pernah cuba menarik graduan mengganggur untuk menjadi pengawal keselamatan tetapi tidak mendapat sambutan.
Menurutnya lagi, ia berlaku kerana gaji yang rendah, tiada jaminan masa depan dan imej pekerjaan yang tidak mendatangkan minat di kalangan graduan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.