Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petisyen bantah RUU antiberita palsu dihantar pada k'jaan
Diterbitkan:  Apr 2, 2018 8:34 AM
Dikemaskini: 1:02 AM

Dua petisyen yang mengandungi lebih 11,000 tandatangan dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri malam tadi dalam usaha terakhir untuk menggesa Putrajaya menggugurkan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar yang kontroversi.

Rang Undang-undang itu akan dibahaskan dan diluluskan di Parlimen pada hari ini.

Kedua-dua petisyen itu dimulakan oleh ALIRAN dan Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia di United Kingdom dan Eire.

Petisyen pertama memperoleh 8,511 penandatangan sementara petisyen kedua mengumpul 2,782 penandatangan.

"Kedua-dua petisyen lebih 11,000 penandatangan (sehingga 30 Mac 2018) telah dihantar melalui e-mel ke Pejabat Perdana Menteri dan salinannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Azalina Othman Said," kata ALIRAN di laman webnya.

Dalam nota yang dilampirkan bersama petisyen itu menyatakan kebimbangan mengenai siapa yang mempunyai kuasa untuk menentukan berita palsu dan kemungkinan berlaku salah guna.

Ia menggesa kerajaan menarik balik rang undang-undang itu daripada parlimen.

Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar pada mulanya memperuntukkan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda RM500,000 kerana menerbitkan "berita palsu",

Bagaimanapun, kerajaan menyemak semula draf itu dengan mengurangkan hukuman yang dicadangkan kepada penjara enam tahun.

Lihat Komen
ADS