Terjemahan Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) hari ini menggesa majikan di sektor swasta supaya mengikut langkah kerajaan memberi bayaran kos hidup (Cola) kepada kakitangan mereka.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, kongres MTUC akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu depan, menggesa beliau supaya mengarahkan majikan di Malaysia, terutama di sektor perladangan, membayar Cola.

"Perdana Menteri sepatutnya menyebut dalam bajet bahawa kerajaan menasihat atau menggalakkan majikan membayar bonus atau Cola kepada kakitangan mereka. Kami hanya mahu beliau menyebutnya, tetapi beliau tidak berbuat demikian," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, MTUC kecewa dengan kegagalan kerajaan menangani masalah yang dihadapi kakitangan sektor swasta, yang merupakan jumlah yang besar dalam tenaga kerja Malaysia.

Ketika menekankan pentingkan meningkatkan produktiviti, Syed Shahrir berkata, kerajaan juga perlu menyokong pekerja, dengan menasihatkan para majikan memberi faedah-faedah sepatutnya.

"Beratus ribu pekerja di negara ini tidak dibayar bonus setiap tahun. Pendekatan diskriminasi kerajaan itu jelas sekali dan amat mengecewakan," katanya.

Kakitangan kerajaan telah menerima bayaran Cola antara RM50-RM150 dan bayaran bonus antara sebulan hingga sebulan setengah di bawah bajet yang diumumkan dua minggu lalu.

Persepsi salah

Syed Sharir berkata, semua kesatuan gabungan MTUC akan menuntut tidak lagi supaya majikan di sektor swasta supaya membayar Cola selaras dengan langkah kerajaan berbuat demikian.

MTUC, katanya, juga memandang berat kegagalan bajet 2006 untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh kakitangan di sektor swasta.

"Kerajaan sekali lagi tidak menangani isu gaji minima RM900 sebulan yang dicadangkan oleh MTUC," katanya, sambil menambah kerajaan patut mengkaji tuntutan pekerja kerana mereka juga merupakan para pengundi.

Menurutnya, adalah silap jika mengandaikan yang pekerja telah berpuashati dengan keadaan sekarang.

"Jangan lupa bahawa ramai pekerja dari sektor swasta tidak dibayar bobus oleh majikan mereka," tambahnya.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung MTUC G Rajasekaran./ Berita asal