Berita Malaysiakini

Parlimen sambung bahas RUU antiberita palsu

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kedua hari ini.

RUU itu telah dibentangkan untuk bacaan kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman pada Khamis lepas.

Beliau juga memberitahu Dewan, terdapat beberapa perubahan dibuat semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Antara lain, perkataan "knowingly" untuk definisi kesalahan bawah Seksyen 4 digantikan dengan perkataan “maliciously”.

Hukuman penjara maksimun juga dikurangkan dari 10 kepada enam tahun tetapi jumlah denda sehingga RM500,000 dikekalkan.

Pengkritik melihat undang-undang baru itu akan menggungat kebebasan bersuara di negara ini.

Kerajaan menafikan ia bertujuan mendiamkan pengkritik sebaliknya berkata ia diperkenalkan demi kepentingan umum dan melindungi mangsa berita palsu.