Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Lima aktivis BERSIH dan Suaram disoal-siasat polis tengahari tadi berhubung penglibatan dalam bantahan di luar Parlimen pada Rabu minggu lalu.

Lima orang aktivis itu ialah Pemangku Pengerusi BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari, Pengarah Eksekutif Yap Swee Seng, Ahli Jawatankuasa Pemandu Mandeep Singh serta Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dan penyelarasnya Amir Abdul Hadi, yang bertindak sebagai pengacara majlis dalam bantahan tersebut.

"Kami fikir ini satu bentuk gangguan.

"Pada masa yang sama, kami teguh dengan agenda kami bahawa persempadanan semula itu tidak sah," Shahrul memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi susulan soal-siasat polis itu.

Langgar perlembagaan

Shahrul berkata persempadanan semula tersebut melanggar perlembagaan kerana SPR tidak memanggil kesemua pihak yang membantah pada siasatan tempatan dan masih terdapat kes-kes mahkamah berhubung dengan persempadan semula itu.

Menurut Mandeep pula kesemua aktivis itu disoal-siasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan AMan 2012.

Seksyen 9 (5) berkaitan pemberitahuan notis perhimpunan dan sesiapa yang didapati bersalah di bawah peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Mandeep berkata mereka masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 1.30 tengahari dan soal-siasat berakhir kira-kira jam 4 petang tadi.

Katanya, pihak polis bertanyakan soalan berkaitan bantahan seperti maklumat hadirin, penganjur, penyelaras dan jika mereka memberi ucapa ketika bantahan berlangsung.

"Kami mengecam tindakan ini kerana ia suatu bentuk gangguan terhadap kami dan aktivis lain.

"Kami tidak akan tunduk dengan gangguan ini. Perjuangan melawan intimidasi yang tidak adil akan berterusan dan kami menggesa rakyat keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang," kata Mandeep.

Shahrul juga berkata rakyat Malaysia perlu keluar mengundi dalam jumlah yang ramai pada PRU14 sebagai satu-satunya cara menewaskan persempadanan semula SPR itu.

Jumaat lalu, polis mengunjungi pejabat BERSIH dan Suaram di Petaling Jaya.

Mereka berhasrat merekod kenyataan aktivis terbabit di sana tetapi selepas rundingan mereka bersetuju menyoal-siasat aktivis itu di IPD Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun, Shahrul (gambar, kiri) berkata Sevan pada awalnya tidak dipanggil tetapi pihak polis turut memanggil beliau pagi tadi.

"Tiada notis, tapi kami bekerjasam," katanya.

Kerajaan membentangkan laporan persempadan semula SPR di Parlimen pada 27 Mac lalu dan meluluskan undang-undang sempadan baru SPR itu pada hari yang sama dengan 129 undi menyokong dan 80 membantah.

Laporan SPR itu diwartakan dalam masa 24 jam.

Kira-kira 400 penunjuk perasaan berhimpun di Tugu Negara dan berarak ke Parlimen pada pagi laporan itu dibentangkan Dewan Rakyat.

Bantahan tersebut digerakkan BERSIH yang mendakwa laporan persempadanan semula itu merupakan suatu bentuk perancangan membuat sempadan kawasan pilihan raya bagi memberi kelebihan kepada kerajaan BN dalam PRU14.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS