'Berita palsu' Lahad Datu, Anwar tuntut pampasan RM2j
Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut RM2 juta ke atas Sistem Televisyen (M) Bhd (TV3) berhubung laporan yang disiarkan Buletin Utama pada 2013 yang mendakwa Ketua Umum PKR itu terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Peguam Ambiga Sreenevasan yang mewakili Anwar berkata, jumlah itu berpatutan kerana TV3 memfitnah Anwar sebagai pengkhianat negara.
Ambiga merujuk kes itu dengan Utusan Malaysia yang juga disaman Anwar atas tuduhan sama namun Utusan telah menarik laporan itu dan memohon maaf.
"TV3 bergantung kepada laporan Utusan Malaysia untuk laporan mereka dalam Buletin Utama.
"Apabila saya menyemak semula dengan pembaca berita Kamaruddin Mape, beliau bersetuju bahawa beliau tidak memeriksa sumber artikel itu, iaitu akhbar Filipina dan laporan Reuters.
"Utusan bersetuju menarik semula artikel itu namun TV3 mengekalkan penipuan itu selama lima tahun, dan mereka harus bayar akibatnya.
"Apalagi fitnah itu dibuat sebelum pilihan raya umum 2013, dan dengan pilihan raya umum ke-14 yang akan datang, mereka harus diberikan pengajaran agar berhenti membuat laporan palsu," tambahnya.
Anwar menuntut RM500,000 untuk setiap ganti rugi teruk dan teladan, selain RM1 juta untuk pampasan umum.
[Berita lanjut menyusul]

