Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM pun terkejut rendang ayam 'rangup'
Diterbitkan:  Apr 3, 2018 5:57 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Komen juri rancangan masakan realiti televisyen UK MasterChef, Greg Wallace di United Kingdom yang mengharapkan rendang ayam dengan 'crispy skin' (kulit rangup) telah menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasa terkejut.

"Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'?" Soal beliau dalam hantaran Facebook.

Najib juga berkongsi gambar rendang ayam.

Zaleha Kadir Olpin, anak kelahiran Kuantan disingkirkan daripada pertandingan UK MasterChef selepas juri tidak menggemari rendang masakan beliau.

Juri dari Australia, John Torode percaya rendang ayam beliau suatu kesilapan, manakala Wallace, warga Britain berkata beliau menjangkakan ayamnya akan menjadi 'rangup'.

Rakyat Malaysia mengulas di Twitter berkenaan kurangnya pengetahuan juri mengenai masakan Asia.

Kontroversi ini juga mendapat perhatian Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang memaklumkan makanan menyatukan rakyat Malaysia.

"Terasa geli hati apabila orang asing cuba untuk mengajar rakyat Malaysia tentang makanan tradisional mereka sendiri.

"Terdetik dalam hati, tertanya sekiranya ini merupakan satu bentuk 'whitesplaining' yang biasa dibaca di media sosial.

"Walau apapun, syabas diucapkan kepada Puan Zaleha. I look forward to meet you one of these days," kata Anifah dalam hantaran di media sosial.

Lihat Komen
ADS