Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Harapan MCA cerah lepas pemimpin Umno 'kantoi'
Diterbitkan:  Apr 3, 2018 9:56 PM
Dikemaskini: 8:58 PM

MCA melihat harapan parti itu cerah untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak selepas seorang pemimpin tempatan Umno yang melobi untuk menjadi calon telah ditangkap dan didakwa positif menggunakan dadah.

Harian China Press memetik sumber MCA berkata parti itu kini berpeluang untuk bertanding di kerusi tradisionalnya.

MCA telah menamakan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen sebagai calon. Manakala akar umbi Umno melobi agar kerusi majoriti Melayu itu diberikan kepada parti itu.

Akar umbi Umno telah menyokong seorang pemimpin Umno sebagai calon tetapi penangkapan beliau menjadikan perkara itu masih teka-teki.

Laporan itu juga memetik Chew (gambar) yang berkata belum mendapat kata putus mengenai parti yang akan bertanding di Bandar Tun Razak tetapi menegaskan MCA perlu diberi peluang untuk mengekalkan bertanding di kerusi itu.

"Kami belum menerima kata putus daripada (kepimpinan pusat) MCA tentang parti mana yang akan bertanding di Bandar Tun Razak," kata beliau.

Chew berkata kes dadah itu tidak akan memberi kesan terhadap kawasan parlimen tersebut.

Laporan itu juga memetik Chew sebagai berkata beliau yakin kes dadah berkenaan tidak akan mengheret sama BN dalam usaha gabungan itu menawan semula kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Manakala itu, pemimpin Umno yang tersebut memberitahu Malaysiakini beliau 'okay' dan akan membuat penjelasan dakwaan dadah itu dalam sidang akhbar esok.

Lihat Komen
ADS