'Punish A Muslim Day': Rakyat M'sia di AS, UK diminta terus berhati-hati
Kementerian Luar mengingatkan semua rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) supaya terus berhati-hati berikutan ancaman “Hari Menghukum Umat Islam” (Punish A Muslim Day) yang menyeru keganasan terhadap umat Islam pada 3 April.
Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat ancaman “jahat dan tidak menyenangkan” itu dan bersedia untuk mengambil tindakan jika masyarakat Islam diancam.
“Dalam hubungan ini, kami menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya lebih berwaspada di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan menggalakkan mereka mendaftarkan diri di Perwakilan Diplomatik Malaysia yang terdekat dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dengan sewajarnya,” kata kenyataan itu.
Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia mengutuk tindakan beberapa individu dan organisasi yang menanamkan kebencian dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dalam menanganinya.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji pihak berkuasa tempatan masing-masing yang berkenaan atas tumpuan dalam melaksanakan tugas dalam menghadapi ancaman keganasan,” kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara, ia akan terus memantau ancaman itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di negara terbabit dinasihatkan menghubungi Perwakilan Diplomatik Malaysia seperti di bawah:
Kedutaan Besar Malaysia, Washington, D.C.
Alamat: 3516 International Court, N.W.
Washington, D.C. 20008
Tel.: 1(202) 572-9700
E-mell: mwwashington@kln.gov.my
Konsulat Jeneral Malaysia, New York
Alamat: 313 East 43rd Street
New York, NY 10017
Tel.: (1-212) 490 2722 / 23
E-mel: mwnewyorkcg@kln.gov.my
Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles
Alamat: 777 S. Figueroa St. Suite 600,
Los Angeles, CA 90071
Tel.: +1 (213) 892 1238
E-mel: mwlosangeles@kln.gov.my
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London
Alamat: 45 – 46 Belgrave Square
London, SW1X 8QT
Tel.: 00(44207) 235 8033
E-mel: mwlondon@kln.gov.my
- Bernama

