Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada hari Isnin, dengan 123 undi menyokong dan 64 undi menolak. Sejumlah 33 Ahli Parlimen (MP) tidak hadir manakala dua lagi telah meninggal dunia.

RUU undang-undang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda RM500,000 kerana menerbitkan "berita palsu" menjadi kontroversi kerana kebimbangan bahawa ia boleh disalah guna untuk membendung kebebasan bersuara.

Memandangkan ini merupakan undang-undang yang penting yang akan menjejaskan kebebasan fundamental rakyat Malaysia, Malaysiakini menyusun rekod pengundian mengenai bagaimana ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, mengundi serta mereka yang tidak mengundi.

Rekod pengundian ini berdasarkan bacaan kedua, di mana pembangkang telah meminta undi secara blok. Tiada undi blok semasa bacaan ketiga, yang telah diluluskan melalui undi suara.

Undi suara biasanya dilakukan apabila ahli parlimen kerajaan lebih ramai daripada pembangkang dan speader Dewan Rakyat hanya akan memutuskan berdasarkan mana-mana pihak yang lebih kuat mengatakan "ye".

Bagaimanapun, pihak pembangkang kadang-kadang meminta undi secara blok, yang memerlukan undi individu setiap MP. Ini adalah untuk rekod.

Rekod pengundian hanya disediakan melalui dokumen yang diedarkan kepada Ahli Parlimen selepas sesi Parlimen selesai. Tetapi sejak 2015, ahli Parlimen telah merungut bahawa amalan ini juga telah berhenti.

Dengan bantuan pemerhatian daripada pelbagai ahli Parlimen semasa undi secara blok dan disahkan oleh whip parti dan pegawai kanan, Malaysiakini menyediakan satu rekod pengundian untuk RUU Antiberita Tidak Bebar 2018. [Baca berita penuh]

[Klik di bawah]