Mat Sabu dilarang masuk Sarawak lagi
Diterbitkan: Apr 4, 2018 11:59 AM | Dikemas kini: Apr 4, 2018 12:00 PM
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Hj Mohamad Sabu sekali lagi ditahan daripada masuk ke Sarawak.
“Beliau tiba di lapangan terbang Kuching jam 9.30 pagi ini untuk menghadiri mesyuarat parti dan ditahan ketika melalui pemeriksaan imigresen,” kata setiausaha politikny Mohd Azhar Mat Dali.
Dalam kenyataan, Mohd Azhar berkata kejadian hari ini berbeza sama sekali apabila beliau minggu lalu beliau dibenarkan masuk ketika menghadiri satu program di Bintulu.
Pada 22 Mac 2016, Mohamad pernah ditahan memasuki negeri itu ketika kempen pilihan raya negeri Sarawak.

