Subra enggan menyerah kalah
Terjemahan Pertandingan sengit dijangka berlaku dalam pemilihan Timbalan Presiden MIC tahun depan kerana penyandang jawatan tersebut, Datuk S Subramiam tetap mahu mempertahankan jawatannya walaupun Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu secara terbuka menyokong seorang calon lain.
Terjemahan Pertandingan sengit dijangka berlaku dalam pemilihan Timbalan Presiden MIC tahun depan kerana penyandang jawatan tersebut, Datuk S Subramiam tetap mahu mempertahankan jawatannya walaupun Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu secara terbuka menyokong seorang calon lain.
Bahang pemilihan itu semakin hangat dirasai oleh ahli MIC di seluruh negara apabila Samy Vellu menamakan Naib Presiden, G Palanivel sebagai regunya untuk mengisi jawatan nombor dua itu.
Bagaimanapun pengumuman Samy Vellu itu tidak sedikitpun menggugat pendirian Subramaniam yang telah memegang jawatan tersebut sejak dua dekad lalu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya minggu lalu, , Subramaniam (kiri) yang pertama kali akan ditentang bagi jawatan berkenaan, melahirkan keyakinannya dapat mempertahankan jawatan tersebut.
" Saya yakin perwakilan mahu saya terus bersama dan berkhidmat untuk mereka," tegas ahli politik veteran itu.
Subramaniam juga enggan terlibat dalam perang mulut dengan Samy Vellu walaupun ketuanya secara terus terang membidasnya.
Ditanya mengenai motif sebenar Samy Vellu menyokong Palanivel (kanan), beliau berkata: "Saya bukannya menentang presiden, I hanya mahu mempertahankan jawatan yang saya sandang."
Samy Vellu baru-baru ini menuduh Subramaniam menentangnya melalui "perang proksi" menerusi akhbar berbahasa Tamil, Malaysian Nanban . Timbalan Presiden MIC itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Hubungan mesra
Subramaniam juga menyatakan rasa terperanjatnya terhadap tindakan Samy Vellu mengumumkan sokongannya kepada Palanivel.
"Saya tetap terkejut walaupun perkara ini telah banyak kali disebut-sebut dalam mesyuarat tertutup sejak dua bulan lalu.
"Saya juga terkejut kerana Samy Vellu mengumumkan nama calon berkenaan terlalu awal sedangkan pemilihan pucuk pimpinan MIC hanya akan diadakan tahun depan," ujarnya.
Bagaimanapun Subramaniam menambah, dia tetap menghormati keputusan Samy Vellu itu.
Timbalan Presiden MIC itu turut mendakwa, hubungannya dengan Samy Vellu adalah baik selama ini walaupun umum mengetahui kerenggangan hubungan antara mereka berdua sejak sekian lama.
Subramaniam pernah menentang Samy Vellu bagi jawatan presiden parti itu dalam pemilihan tahun 1989.
" Kami mempunyai hubungan yang baik dan tiada sebarang masalah peribadi antara kami. Dalam pemilihan MIC lalu saya sendiri mengisi borang pencalonan beliau dan menyokong pencalonannya," jelasnya lagi.
Jawatan terakhir Subramaniam dalam kerajaan ialah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal-Ehwal pengguna. Bagaimanapun beliau digugurkan dari senarai calon Parlimen MIC sewaktu pilihanraya umum tahun lalu.
Sebelum itu beliau adalah ahli Parlimen Segamat, Johor. Pemerhati politik menyifatkan tindakan pengguguran beliau itu bertujuan untuk meminggirkannya dari arus politik negara.
Subramaniam juga menolak sebarang kemungkinan beliau akan bertanding menentang Samy Vellu bagi jawatan presiden parti tersebut./ Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.