Isytihar aset: Miskin atau kaya wakil rakyat Pulau Pinang?
Ahli majlis exco kerajaan negeri dan ADUN Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan aset mereka secara terbuka.
Deklarasi yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu adalah untuk tempoh yang berakhir pada 31 Januari, 2018.
"Pulau Pinang adalah negeri pertama (bagi exco) mengisytiharkan aset mereka. Ini adalah pengisytiharan kali ketiga.
"Pengisytiharan pertama pada tahun 2011 melibatkan semua ahli exco negeri manakala pada tahun 2013, kerajaan negeri memutuskan bahawa para ADUN juga perlu mengisytiharkan aset mereka.
"Semua maklumat ini dimuat naik di laman web rasmi kerajaan negeri untuk pengetahuan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin turut menyertai pengisytiharan aset kali ini.
Lim, dalam pengisytiharan asetnya, mendedahkan beliau mempunyai dua rumah kedai di Melaka yang dibeli masing-masing pada harga RM435,000 dan RM530,000.
Beliau mempunyai satu lagi hartatanah, iaitu banglo di Jalan Pinhorn Pulau Pinang, yang dibeli dengan harga RM2.8 juta dengan pinjaman RM2.1 juta.
Pengisytiharan Lim juga termasuk memiliki saham dan amanah saham selain simpanan tetap sebanyak RM553,592.
Senarai lengkap pengisytiharan oleh ahli-ahli exco Pulau Pinang dan ADUN HARAPAN adalah seperti di bawah.
Anggota exco Pulau Pinang
ADUN Pakatan Harapan Pulau Pinang
Ahli Parlimen Pakatan Harapan Pulau Pinang

