Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

BN tidak akan terjejas biar apa sekalipun keputusan pembubaran BERSATU kerana parti itu ibarat gigitan "nyamuk" kepada parti pemerintah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Tidak sama sekali (terjejas). Bagaimana jika nyamuk gigit kamu?

"Kamu hanya garu, sedap untuk menggaru," katanya semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan mengenai sama ada BN akan mendapat manfaat susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membatalkan sementara pendaftaran BERSATU.

"Ia tidak akan memberi kesan kepada kami dalam apa cara sekalipun, sama ada mereka digantung atau tidak, sama ada ini baik untuk kami atau tidak baik.

"Saya fikir pengundi telah membuat keputusan dan mereka tahu siapa yang akan mereka undi," katanya.

ROS hari ini mengarahkan BERSATU yang diasaskan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibubarkan sementara di bawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan. Arahan itu berkuat kuasa hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS