Manifesto BN langsung di rangkaian Astro, RTM, Media Prima
Diterbitkan: Apr 5, 2018 7:22 PM | Dikemas kini: Apr 5, 2018 7:33 PM
Pengumuman manifesto BN pada Sabtu malam depan akan dilakukan secara besar-besaran, kata Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Ia akan dibentangkan di hadapan 40,000 anggota parti itu di bandar raya sukan Bukit Jalil serta disiarkan secara langsung di rangkaian media utama dan kerajaan, iaitu Astro, Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima.
“Pengumuman Manifesto PRU-14 ini juga akan ditayangkan secara langsung di laman web www.najibrazak.com dan www.barisannasional.org.my,” kata Rahman.
Rahman juga berkata manifesto itu akan lebih komprehensif, inklusif dan menjanjikan banyak idea-idea baru.

