Dua peguam yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu saman yang dikemukakan ke atasnya, hari ini menafikan mereka mengenakan caj bayaran hampir setengah juta ringgit.

Americk Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon juga menafikan dakwaan Adnan bahawa mereka melakukan "pemerasan politik" dan berkata mereka hanya menuntut hutang yuran profesional untuk perkhidmatan yang diberikan selama tiga tahun.

Mereka berkata perjanjian kerahsiaan anak guam dan peguam menghalang mereka daripada mendedahkan butiran berhubung tuduhan yang dibuat oleh Adnan dalam akhbar.

"Kami bertindak atas arahan dan mencari keputusan terbaik bagi pelanggan kami dengan mengambil kira keadaan.

"Kami mempunyai tuntutan yang sah atas yuran kami.

"Ini melibatkan kerja-kerja undang-undang yang dilakukan dalam tempoh tiga tahun oleh dua peguam kanan," kata mereka.

[Baca berita penuh]