Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MB mohon perkenan Sultan masing-masing bubar DUN
Diterbitkan:  Apr 6, 2018 1:28 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Beberapa menteri besar mengesahkan mereka akan mengadap ketua negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa parlimen akan dibubarkan esok.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tarikh yang diperkenankan baginda, untuk mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN.

"(Ini) selaras dengan Perkara LV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dibaca bersama dengan Perkara LXX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan akan membubarkan DUN negeri serentak dengan Parlimen, iaitu esok.

"Kita mesti (bubar DUN) serentak ikut Parlimen. Saya akan pergi menghadap Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V) bagi meminta izin sekiranya (Parlimen) bubar hari ini," katanya seperti dilapor Utusan Online.

Menurut laporan itu lagi, Ahmad akan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini bagi menghadap Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bernama pula memetik Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai berkata beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi esok untuk memohon perkenan membubarkan DUN pada hari yang sama.

Ketika pengumuman tadi, Najib turut menggesa kerajaan negeri untuk berunding dengan ketua negeri untuk membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya peringkat Parlimen dan DUN dilaksanakan serentak.

Lihat Komen
ADS