Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
AMANAH: Isu rumah tangga Raja Bahrin tak jejaskan parti

Masalah rumah tangga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan isterinya penyanyi Noryn Aziz tidak akan menjejaskan parti itu memandangkan ia hanyalah hal peribadi, kata timbalan presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Beliau diminta mengulas berhubung kemungkinan isu yang dihadapi anggota parlimen Kuala Terengganu itu akan memberi kesan kepada AMANAH apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.

Katanya, pengundi hari ini sudah cukup matang untuk membezakan hal politik dan peribadi.

"Tidak (beri kesan). Kita hormati hak peribadinya dan beliau telah pun membawa hal itu ke mahkamah untuk mencari penyelesaian," katanya kepada Malaysiakini.

Menyuarakan sentimen sama, Ketua Pemuda AMANAH Terengganu berkata soal itu bukan isu besar dan tidak diperkatakan akar umbi.

"Ia tak beri kesan di Terengganu kerana bukan masalah besar, bukan skandal yang boleh mengganggu parti," katanya lagi.

Pada 4 April lalu, Raja Bahrin memaklumkan beliau dan Noryn sedang melalui proses Sulh (proses bagi suami isteri yang berselisih untuk mencapai perdamaian) di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

"Pada asalnya saya tidak berhajat membuat sebarang kenyataan, tetapi ini bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan spekulasi.

"Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya. Saya berdoa semoga penyelesaian baik dapat dicapai," katanya dalam kenyataan.

Raja Bahrin dan Noryn, atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz, diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia 4 tahun.

Lihat Komen
ADS