Bagaimana Dr M boleh guna logo PKR tanpa menyertainya
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengumumkan bahawa gabungan itu akan menggunakan simbol "mata" PKR sebagai logo bersama bagi pilihan raya umum ke-14.
Selain mengetengahkan satu barisan bersatu, bertanding di bawah logo yang sama, ia juga bermakna pembubaran sementara parti pimpinan Dr Mahathir - BERSATU - tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding dalam pilihan raya umum.
Dr Mahathir, dan calon lain dari BERSATU dan HARAPAN bagaimanapun, tidak perlu menyertai PKR untuk menggunakan logonya dalam pilihan raya.
Sama seperti bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, apa yang diperlukan bagi calon HARAPAN untuk menggunakan logo PKR adalah surat watikah dari parti berkenaan.
Surat watikah pilihan raya itu ditandatangani oleh pemimpin tinggi parti, biasanya presiden parti, atau bagi gabungan berdaftar seperti BN, oleh pengerusi gabungan itu.
Mengeluarkan surat watikah kepada bukan ahli bukan merupakan amalan yang luar biasa.
Contohnya Dr Michael Jeyakumar, PSM, telah bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput menggunakan logo PKR beberapa kali.
Pada tahun 2013, aktivis alam sekitar Wong Tack menentang Presiden MCA Liow Tiong Lai di bawah tiket DAP.
Amalan ini juga membolehkan BN melaksanakan mekanisme calon langsung BN yang digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016 untuk ahli-ahli parti serpihan UPP dan Teras

