Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NUTP galak guru serta APM
Diterbitkan:  Apr 7, 2018 2:25 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Para guru digalakkan menjadi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam usaha meningkatkan kemahiran pengurusan kecemasan dan bencana di sekolah.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata setakat ini, terdapat lebih 30 anggota APM di Kedah yang terdiri daripada golongan pendidik.

"Kita harap jumlah ini akan meningkat kerana latihan asas mampu membantu guru-guru dalam menghadapi dan mengawal kecemasan seperti ular memasuki kelas serta kemalangan yang berlaku di dalam makmal sains," katanya kepada Bernama di program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada guru-Guru Sekolah di Kulim hari ini.

Beliau berkata latihan itu juga dilihat dapat mencungkil kepakaran yang ada pada guru dalam keadaan kecemasan.

"Kita sedar, ada guru yang mempunyai kemahiran dalam ilmu rawatan awal kecemasan, mendaki atau menyelam. Jadi dengan latihan asas dan latihan lain, kemahiran guru ini boleh dipertingkatkan dan kemudian disalurkan bagi manfaat pelajar serta sekolah," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS