Keluarga tahanan ISA diseru hubungi Suaram
Pertubuhan hak asasi terkenal Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyeru anggota kelurga 10 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Khamis menghubungi urusetianya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan guaman dan kaunseling.
Sepuluh orang itu termasuklah anak Menteri Besar Kelantan Nik Adli Nik Abdul Aziz, exco Pemuda PAS Johor Noor Ashid Sakip, Ketua Pemuda kawasan Larut, Perak Ahmad Tajuddin Abu Bakar, dan aktivis Pemuda Terengganu Solehan Abdul Ghaffar dan Alias Ngah.
Sementara lima lagi, Zainun Ismail (Baling, Kedah), Abu Bakar Che Doi (Kuala Muda, Kedah), Asfawani Abdullah (Kuala Ketil, Kedah), Ahmad Pozi Darman (Hulu Tiram, Johor) dan Mohd Lothfi Ariffin (Kupang, Kedah).
Dalam satu kenyataan kepada malaysiakini hari ini, Suaram berkata ia memandang serius operasi ISA yang semakin kerap digunakan oleh kerajaan sekarang.
April lalu, polis menahan 10 pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi di bawah akta itu. Sementara awal Julai, dua aktivis pelajar ditahan mengikut akta yang sama.
Enam daripada mereka kini ditahan selama dua tahun di kem Kamunting, Perak mulai 2 Jun. Mereka termasuklah Naib Presiden Tian Chua, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, Dr Badrul Amin Bahron dan penulis malaysiakini Hishamuddin Rais.
Urusetia Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) boleh dihubungi dengan kadar segera pada bila-bila masa di nombor telefon 03-7784 3525, 7782 0357 atau faksimili 03-7784 3526 .
Selain itu mereka boleh menghubungi 012-379 5032 (Pak Din), 019-253 7791 (S Arutchelvan) dan 012-296 1137 (Rashid Kang).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.