Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'SPR tak kata HARAPAN perlu minta izin guna logo PKR'
Diterbitkan:  Apr 8, 2018 11:59 AM
Dikemaskini: 4:03 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu mendapat kelulusan pihaknya jika mahu menggunakan logo PKR bagi semua calonnya pada PRU ke-14.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kenyataannya semalam telah disalah lapor oleh media.

"SPR tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika ingin digunakan lambang atau simbol PKR dalam pilihan raya oleh mana-mana individu yang dibenarkan oleh PKR itu sendiri perlu dapat kebenaran SPR.

"Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan simbol PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah bawah bidang kuasa parti itu," katanya dalam kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

Laporan berkenaan kenyataannya semalam telah mencetuskan kecaman daripada Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir antara lain menyifatkan Mohd Hashim sebagai antara orang yang bertanggungjawab menjalankan "kerja-kerja kotor Najib".

"Mana undang-undangnya (yang mengatakan kita tidak boleh guna logo yang sama), peraturan ini baru dibentuk pagi ini," kata bekas perdana menteri itu.

Mohd Hashim berkata, kenyataannya semalam hanya berhubung larangan menggunakan simbol parti komponen HARAPAN jika gabungan itu memutuskan untuk menggunakan logo PKR untuk semua calon mereka.

Lihat Komen
ADS